Thursday, June 23, 2016

Majlis Pelancaran Kempen Sekolahku Sayang : Sifar Ponteng 2016




PENGENALAN

Kehadiran pelajar ke sekolah merupakan suatu rahmat bagi guru khasnya dan warga sekolah amnya. Pelajar yang hadir ke sekolah akan mendapat ilmu dan pengetahuan melalui PdP serta dapat belajar kemahiran sosial dan memupuk nilai-nilai positif yang ditekankan melalui peraturan sekolah. Sekolah sepatutnya berfungsi sebagai institusi yang membentuk generasi muda yang berkualiti dari aspek intektual, sahsiah, kerohanian dan jasmani. 

Menyedari akan kepentingan pelajar datang ke sekolah setiap hari, Unit HEM dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Kempen Sekolahku Sayang – Sifar Ponteng Sesi 2016. Majlis pelancaran kempen akan diadakan pada 14 Jun 2016 (Selasa) semasa perhimpunan sekolah. Kempen ini difokuskan kepada semua pelajar SMK Kabong.


OBJEKTIF

1) Meningkatkan peratus kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 95% dan ke atas. 
2) Memberi motivasi kepada pelajar melalui penghargaan positif.
3) Memupuk perasaan sayang dan rasa kepunyaan terhadap sekolah. 
4) Memberi penghargaan kepada Guru Mentor yang bekerjasama dalam memastikan kehadiran pelajar ke sekolah.


PENGISIAN PROGRAM
  • Paparan peratus kehadiran mengikut kelas pada papan kenyataan khas.
  • Penghargaan dalam bentuk Piala Pusingan dan Hamper kepada kelas yang mendapat peratus kehadiran tertinggi setiap bulan.
  • Penghargaan dalam bentuk sijil kepada Guru Mentor kelas yang mencapai peratus kehadiran melebihi 95% dan ke atas. (Penilaian akan dijalankan bermula bulan Mei sehingga Oktober).
  • Sesi dialog bersama ibu bapa pelajar ponteng dan bermasalah dari segi kehadiran.
  • Sesi kaunseling berfokus bersama pelajar.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SEMASA PERHIMPUNAN SEKOLAH



Gimik penyerahan puzzle kepada PK1 oleh ahli PRS. 




PK1 melekatkan puzzle pada papan yang disediakan.




Menandatangani board sebagai simbolik perasmian. 


Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah kepada kelas yang mendapat peratus kehadiran melebihi 95%.

Tahniah dan syabas diucapkan. 

Semoga para pelajar lebih bersemangat untuk ke sekolah dan dapat bersama-sama meningkatkan peratusan kehadiran kelas masing-masing.



No comments: