Saturday, August 6, 2016

Program Intervensi Disiplin : Kem Jati Diri "Masih Ada Yang Sayang"



Kem Jati Diri "Masih Ada Yang Sayang" disasarkan kepada 20 orang pelajar lelaki Ting. 4 yang terpilih. Program ini adalah salah satu Program Intervensi Disiplin di bawah kerjasama Lembaga Disiplin dan Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Kabong. 

Kem diadakan di Kem Belia Kemuyang, Sibu. 

Pelaksanaan program pada 1-2 Ogos 2016 (2 hari 1 malam)












Sekalung penghargaan buat jurulatih-jurulatih Kem Belia Kemuyang, pihak Baitumal Sarawak yang telah menyumbangkan dana serta pihak yang menjayakan program ini. 

Semoga bermanfaat untuk anak-anak kita, Insya Allah.


Thursday, June 23, 2016

Majlis Pelancaran Kempen Sekolahku Sayang : Sifar Ponteng 2016




PENGENALAN

Kehadiran pelajar ke sekolah merupakan suatu rahmat bagi guru khasnya dan warga sekolah amnya. Pelajar yang hadir ke sekolah akan mendapat ilmu dan pengetahuan melalui PdP serta dapat belajar kemahiran sosial dan memupuk nilai-nilai positif yang ditekankan melalui peraturan sekolah. Sekolah sepatutnya berfungsi sebagai institusi yang membentuk generasi muda yang berkualiti dari aspek intektual, sahsiah, kerohanian dan jasmani. 

Menyedari akan kepentingan pelajar datang ke sekolah setiap hari, Unit HEM dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling akan menganjurkan Kempen Sekolahku Sayang – Sifar Ponteng Sesi 2016. Majlis pelancaran kempen akan diadakan pada 14 Jun 2016 (Selasa) semasa perhimpunan sekolah. Kempen ini difokuskan kepada semua pelajar SMK Kabong.


OBJEKTIF

1) Meningkatkan peratus kehadiran pelajar sekurang-kurangnya 95% dan ke atas. 
2) Memberi motivasi kepada pelajar melalui penghargaan positif.
3) Memupuk perasaan sayang dan rasa kepunyaan terhadap sekolah. 
4) Memberi penghargaan kepada Guru Mentor yang bekerjasama dalam memastikan kehadiran pelajar ke sekolah.


PENGISIAN PROGRAM
  • Paparan peratus kehadiran mengikut kelas pada papan kenyataan khas.
  • Penghargaan dalam bentuk Piala Pusingan dan Hamper kepada kelas yang mendapat peratus kehadiran tertinggi setiap bulan.
  • Penghargaan dalam bentuk sijil kepada Guru Mentor kelas yang mencapai peratus kehadiran melebihi 95% dan ke atas. (Penilaian akan dijalankan bermula bulan Mei sehingga Oktober).
  • Sesi dialog bersama ibu bapa pelajar ponteng dan bermasalah dari segi kehadiran.
  • Sesi kaunseling berfokus bersama pelajar.

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN SEMASA PERHIMPUNAN SEKOLAH



Gimik penyerahan puzzle kepada PK1 oleh ahli PRS. 




PK1 melekatkan puzzle pada papan yang disediakan.




Menandatangani board sebagai simbolik perasmian. 


Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan dan Hadiah kepada kelas yang mendapat peratus kehadiran melebihi 95%.

Tahniah dan syabas diucapkan. 

Semoga para pelajar lebih bersemangat untuk ke sekolah dan dapat bersama-sama meningkatkan peratusan kehadiran kelas masing-masing.



Tuesday, June 14, 2016

Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan Enam 2016



Semakan Keputusan Rayuan Tingkatan Enam 2016 boleh dibuat bermula 14 Jun - 24 Jun 2016 di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia berikut: